SeLamaT DaTang Ke Koleks| MaWaR
Koleks| MawaR
Terima kasih kerana mengunjungi Website Ini. Di dalam Website ini ialah memaparkan pelbagai spesis bunga yang beraneka jenis, bentuk, saiz, nama dan bau. Koleksi Mawar adalah bersempena nama sejenis bunga iaitu 'Bunga Mawar' kerana selain baunya yang lembut dan segar, ianya juga unik kerana mempunyai duri sebagai pelindung daripada ancaman lain. Mawar juga saya ibaratkan sebagai seorang wanita. Selain kelembutan sebagai seorang wanita,namun mempunyai prinsip teguh yang tidak mudah diperdaya oleh sesiapa dan sentiasa berwaspada. Ini dapat diibaratkan sebagai duri Mawar sebagai ketulusan dan ketegasan hidupnya serta berani dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang wanita.
send an email
BungA Sebaga| Penyer| HiduP
Sebagai seorang wanita, bunga tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sehari-hari. Bunga diibaratkan sebagai teman di kala sunyi. Selain dibelai, disiram, dibaja, disunting dan dijadikan perhiasan, bunga diibaratkan 'Ketenangan Nurani' bagi setiap wanita. Bukan sahaja boleh memberikan ketenangan diri namun bunga juga boleh menceriakan hidup dan suasana di dalam rumahtangga.
|
 |
Koleks| MawaR UntuK SantapaN Rohan|
Bunga yang unik datangnya dari penilaian manusia. Berbagai jenis penilaian mengikut imiginasi dan daya penghayatan manusia yang unik. Para si pencinta bunga, biasanya akan mempunyai koleksi bunga yang beraneka jenis dan taman yang cantik. Biasanya si pencinta bunga juga tidak akan lokek untuk mengeluarkan belanja yang banyak semata- mata untuk kepuasan peribadi ataupun dijadikan sebagai 'Bisness Bunga'. Hebat Bukan ?
Send an email
|
 |
SelamaT BerkunjunG Ke Koleks| MawaR
Sudi-sudi lah anda berkunjung ke Koleksi Mawar. Silakan Ke 'Guess Book' Koleksi Mawar untuk kenangan anda sebagai pengunjung yang istimewa.
Terima Kasih Pengunjung Budiman
|